Showing posts with label notes. Show all posts
Showing posts with label notes. Show all posts

Thursday, November 20

saya & redha



Saya & Redha

Apabila kita redha dengan sesuatu yang mengecewakan hati kita. Maka percayalah Allah SWT akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tak dijangka!

Jiwa Kental

Tuesday, October 21

Surat Cinta Daripada Si Dia

Katakanlah (Wahai Muhammad) : "Wahai hamba hamba- ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah SWT, kerana sesungguhnya Allah SWT mengampunkan segala dosa, sesungguhnya Dia - lah jua yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani" (39:53)

You know what, life is never easy as we expected hence, do not give up, okayh? Take this note for your own motivation. Okay, kengkawan? I smile, you smile. Dah, jangan sedih sedih agy, da tak comeyh nanty... Hehehe. XOXO

Lets watch this video. Nunu suka cara pendekatannya :)




Wednesday, February 5

Belajar

Huwaaaaaa, okayh tetiba rasa macam nak menjerit harini. Hehehehe, rasanya macam harini nak berubah. Well, Hellooooo.. bukan nya sekarang Nunu tak baik ke jahat ke tapi Nunu nak berubah jadi lebih baik. Memperkemaskan bacaan Al-Qur'an dan lain lain. So, dah besar besar camni larh kena ada matlamat. Sebelum ni memang Nunu hidup memang xdop matlamat pun, dulu belajar so matlamatnya abiskan belajar, abis kelas makan, tidur, sembang, buat assignment dan bla bla blaaaaa. Matlamat dulu Nunu nak dekan ajo. Hahaha. Alhamdulillah, finally dapat jugak dekan untuk semester yang terakhir masa degree itu duloooo. Yeyeaaah, satu jihad Nunu yang agak ranjau dulu masa belajar degree. Walaupun x sehebat masa Diploma dulu dapat ANC. Hehehe, kenangan kenangan macam macam larh. Tak boleyh blah bila Nunu teringat balikssss. Ahahaha, so sweetttt. Okayh, Nunu dah mula rasa menyampah. Hehehe. Stop it Nunu !.  

Okayh, awan nano mula dah berkepul atas kepala Nunu sekarang. Kekeke. Cepat sembur petir hentikan kenangan yang duloooo. Ahahah. Zzzzzz. Tak kilat mana sangat larh Nunu ehhhh. 

Okayh, balik to the story. Hehehe, takde ape pun nak minta dari kalian kalian semua tapi hanyalah secubis doa. Hehehe, doa semoga dipermudahkan segala urusan dan semoga Nunu sentiasa istiqomah. Jeng jeng jeng. Nunu nieyh kalau diikutkan banyak kali dah berubah lepas tu jap agy sesat baliksss. Haisshhh, i need to charge my iman battery always. Lol. Ditambah dengan post ini adalah surat untuk diri sendiri supaya teringat balik ke pangkal jalan. Hehehe, whatever. Yang penting Nunu tahu ap yang Nunu buat cukuplah kot. 

In a nut of shell, mulakan dengan Bismillah :')


Monday, December 30

3 hari

Sepanjang tiga hari bercuti pada minggu lepas, banyak perkara yang Nunu belajar dan rasai pengalamannya sendiri. Antaranya, suasana politik dalam alam pekerjaan. 

Mungkin bagi Nunu, kerja Nunu ini memberikan tekanan yang mendalam tetapi sebenarnya bukan Nunu sahaja yang merasai situasi tekanan yang menekankan di alam pekerjaan bahkan orang lain juga merasai tekanan yang sama cuma yang bezanya adalah keadaan kerana masing masing tempat kerja yang berlainan. Rezeki masing masing bukan?

Mungkin apa yang dialami oleh Nunu adalah merupakan sebahagian kecil politik dalam bekerja tetapi sebenarnya orang lain lebih teruk bebanannya berbanding daripada Nunu. 

Tetiba terdetik di hati ini rasa bersyukur dengan ujian sekecil ini. Bukan kerana suka dengan ujian orang lain yang sememang berat tekanannya di mata Nunu tetapi bersyukur dalam kesedihan. Bersyukur kerana Allah masih lagi sayangkan Nunu walaupun Nunu banyak dan kerap kali leka dan lalai dalam beribadah kepadanya. Semua yang berlaku ada hikmah tertentu kerana bukan kerana Allah SWT turunkan ujian kepada sesiapa yang dikehendakinya kerana Dia tidak sayang akan umatnya tetapi sebenarnya benarnya Dia sayang dan kasih kepada kita.

Oleh kerana itu Dia turunkan ujian itu terhadap kita kerana Dia mahu melihat sejauh mana keikhlasan kita beribadah kerananya. Adakah kita sememang main main ataupun serius dengan ibadah kita. Subhana' Allah. Allahu Akhbar. 

Kepada pihak pihak atasan yang berjawatan tinggi, berkuasa besar dalam syarikat tolonglah berperikemanusiaan. Jangan fikir kami ini hamba hamba untuk menyiapkan kerja kerja sampah kamu sekalian. Tolonglah menjalankan tugas dengan berhikmah tak kira jawatan sebesar mana sekalipun gaji sebesar mana sekalipun.

Kita ini hanyalah hamba Allah SWT, walaupun pangkat berbeza tetapi matlamat kita sama. Maka beringat beringatlah dan jangan sampai dituduh zalim terhadap sesama manusia kelak tidak ada sesiapapun akan menghormati kalian bahkan mungkin di dunia tetapi di akhirat kelak.

Tak siapapun di dunia akan hidup selamanya, kita semua akan mati. Dunia adalah tempat persinggahan sementara, akhirah adalah destinasi kekal kita semua. Berbuat baiklah sesama manusia, janganlah kamu saling menzalimi sesama manusia.

Ya Allah, jauhkanlah diriku daripada sifat sifat kejam terhadap sahabat sahabatku, keluargaku, saudara saudara islamku daripada percakapan mahupun perbuatan. Jauhkanlah. Moga moga kita semua aman dan hidup diberkati Allah SWT. 

In shaa Allah ;)  




Monday, December 16

Menghurai maksud nama

N U R H A F I Z A

N U R bererti cahaya

H A F I Z A bererti pemelihara/protector

H - Harum
A - Amanah
F - Fleksibel
I - Ikhlas
Z - Zuhud
A - Alim

Diri ini tertanya tanya apakah yang dimaksudkan dengan perkataan Zuhud. Lalu pantas diriku mencari maksud perkataan itu dalam pencarian internet. Maka sekilatnya Nunu baru mengerti apa yang dimaksudkan oleh zuhud, iaitu meninggalkan perkara yang tidak bermanfaat demi kehidupan di akhirat. Segalanya bermula dengan hati. 

Kesimpulannya, so Nunu move ahead. 

Friday, December 13

Best Man ❤ Best Girl




Entah larh, quote daripada sesape entah???
Only the best man, can go to the sea
Only the best girl, can be with the best man


Hehehe, tetibe rasa bangga pulak

Takley, nanty orang cakap kita riak
So? No feeling at all. Kekeke

Apa yang boleh Nunu cakap simpulkan sini,

Kalau kita mahu jodoh kita orang yang terbaik
Maka wajiblah kita menjadi orang yang terbaik
Wajib okayh, cuba fahamkan



Monday, September 23

Orang Pertama dalam Islam : Bahagian 2

15 Orang Pertama dalam revolusi Islam


  1. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan azan ialah Bilal Bin Rabah RA.
  2. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW ialah Ali Bin Abi Thalib RA.
  3. Orang yang pertama membuat mimbar masjid Nabi Muhammad SAW ialahTamim Ad-Dary RA.
  4. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah ialah Az Zubair Bin Al Awwam RA.
  5. Orang yang pertama menulis sirah Nabi Muhammad SAW ialah Ibban Bin Uthman Bin Affan RA.
  6. Orang yang pertama beriman dengan Nabi Muhammad SAW ialah Khadijah Binti Khuwalid RA.
  7. Orang yang pertama mengasaskan usul Fikh ialah Imam Syafie RH.
  8. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam ialah Ali Bin Abi Thalib RA.
  9. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam ialah Muawiyah Bin Abi Sufyan RA.
  10. Orang yang pertama membina perpustakaan awam ialah Harun Ar Rasyid RH.
  11. Orang yang pertama mengadakan baitulmal ialah Umar Al Khattab RA.
  12. Orang yang pertama menghafal Al -Qur'an selepas Rasulullah SAW ialah Ali Bin Abi Thalib RA.
  13. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram ialah Khalifah Abu Ja'a far Al Mansur RH.
  14. Orang yang pertama digelar Al Muqry ialah Mus'ab Bin Umair RA.
  15. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga ialah Nabi Muhammad SAW. 
Sumber: Muntah Pelangi 

Friday, September 20

Orang pertama dalam Islam : Bahagian 1

15 orang pertama dalam revolusi Islam:
  1. Orang yang pertama menulis ayat Bismillah ialah Nabi Sulaiman AS.
  2. Orang yang pertama minum air zamzam ialah Nabi Ismail AS.
  3. Orang yang pertama berkhatan ialah Nabi Ibrahim AS.
  4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari kiamat ialah Nabi Ibrahim AS.
  5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah SWT pada hari kiamat ialah Nabi Adam AS.
  6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah ialah Sayyidatina Hajar merupakan Ibu kepada Nabi Ismail AS.
  7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari Kiamat ialah Nabi Muhammad SAW.
  8. Orang yang pertama menjadi khalifah kerajaan Islam ialah Abu Bakar As Siddiq RA.
  9. Orang yang pertama menggunakan tarikh Hijrah ialah Umar bin Al-Khattab RA.
  10. Orang yang pertama meletakkan jawatan sebagai khalifah dalam kerajaan Islam ialah Al Hasan Bin Ali RA.
  11. Orang yang pertama menyusukan Nabi Muhammad SAW ialah Thuwaibah RA.
  12. Orang yang pertama syahid dalam Islam daripada kalangan lelaki ialah Al Harith Bin Abi Halah RA.
  13. Orang yang pertama syahid dalam Islam daripada kalangan wanita ialah Sumayyah Binti Khabbat RA.
  14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab/lembaran ialah Abdullah Bin Amru Bin Al Ash RA.
  15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah ialah Saad Bin Abi Waqqas RA.
Source: Muntah Pelangi

Thursday, February 28

Notes



Guess what? Nunu get 148 hits notes by upload this photo !!! and it will be increase hitters

Positif = Alhamdulillah, teruskan usaha kamu sebagai hamba. Sampai dan menyampaikan kebaikan kepada umat Islam pelusuk dunia. In shaa Allah.

Negatif = Alah, budak ni saja je nak tunjuk populariti dy je kat "T". Ape daaaa~


 

Blog Template by YummyLolly.com