Showing posts with label :: Nunus ⋋_⋌. Show all posts
Showing posts with label :: Nunus ⋋_⋌. Show all posts

Tuesday, October 21

Surat Cinta Daripada Si Dia

Katakanlah (Wahai Muhammad) : "Wahai hamba hamba- ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah SWT, kerana sesungguhnya Allah SWT mengampunkan segala dosa, sesungguhnya Dia - lah jua yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani" (39:53)

You know what, life is never easy as we expected hence, do not give up, okayh? Take this note for your own motivation. Okay, kengkawan? I smile, you smile. Dah, jangan sedih sedih agy, da tak comeyh nanty... Hehehe. XOXO

Lets watch this video. Nunu suka cara pendekatannya :)




Monday, October 20

Sebuah Doa - Intuisi


Ya Allah..
Saat aku menyukai seseorang
Ingatkanlah aku bahwa akan ada sebuah akhir
Sehingga aku tetap bersama yg tak pernah berakhir

Ya Allah..
Ketika aku merindukan seorang kekasih
Rindukanlah aku pada yg rindu cinta sejatiMu
Agar kerinduan terhadapMu semakin menjadi

Ya Allah..
Jika aku hendak mencintai seseorang
Temukanlah aku dengan orang yg mencintaiMu
Agar bertambah kuat cintaku padaMu

Ya Allah..
Ketika aku sedang jatuh cinta
Jagalah cinta itu
Agar tidak melebihi cintaku padaMu

Ya Allah..
ketika aku berucap aku cinta padamu
Biarlah kukatakan kepada yg hatinya tertaut padaMu
Agar aku tak jatuh dalam cinta yg bukan karenaMu

Mencintai orang bukanlah apa-apa
Dicintai orang adalah sesuatu
Dicintai oleh orang yg kau cintai sangatlah berarti
Tetapi dicintai oleh Sang Pencipta adalah segalanya..
-nn

Thursday, January 9

Surprise

Surprise !!! Hoyeaaahhhhhh. Siapa yang tak suka dengan surprise?? Hmmm, siapa? siapa? Hehehe. Nunu suka larhhhh surprise "menyerprise" nieyh. Okayh, itu lagi satu perangai Nunu suka merosakkan bahasa. Hehehehe. Okayh larh, senang cerita senang bahasa. Kejutan okayhhh. Hehehe. 

Nak tahu tak kejutan nyeeeee apa kengkawan? Jeng jeng jeng. Nunu dapat panggilan jauh, jauh sangattttttt daripada orang tuuuuuuuuuuuuu. Hehehe, seriously memang tak sangka pun sebenarnya orang tu nak call. Ye larh, orang "tanker" kan, merantau larh kerja nyeeeee. Hehe, finally he call me. Hoyeaaaahh, happy owhhh Nunu.

Mana tak happy nyeeee, waktu waktu Nunu tengah stress, " Takde larh stress mana pun" Tup tup dy call Nunu. Eceeeehhh, just right time. Nunu feeling awesome. Alhamdulillah.

Kesimpulannya, jangan stress sangat okayh! Sebab Allah SWT takkan timpa sesuatu kesusahan pada hambaNya tanpa mengetahui kemampuan hambaNya. La tahzan in allah ma ana. Just believe on hikmah pada penghujung nyeeeeeeeeeeee. Sabar, doa dan tawakal. Okayh, Nunu rasa macam da moto sekolah pula bende tu. Hehehe. Last last happy ending jugakkkk. Sebabnya, buat Nunu rasa berbaloi dengan kepayahan yang Nunu lalui haritu.

p/s: I love to being tested by Him. Because He wants me to be a good muslimah and worth to enter a Heaven with my love. In shaa Allah ;)

Tuesday, December 31

I have a dream

I have a dream, a fantasy, to help me through reality and my destination makes it worth the while. 
Pushing through the darkness still another mile. 


Monday, December 30

3 hari

Sepanjang tiga hari bercuti pada minggu lepas, banyak perkara yang Nunu belajar dan rasai pengalamannya sendiri. Antaranya, suasana politik dalam alam pekerjaan. 

Mungkin bagi Nunu, kerja Nunu ini memberikan tekanan yang mendalam tetapi sebenarnya bukan Nunu sahaja yang merasai situasi tekanan yang menekankan di alam pekerjaan bahkan orang lain juga merasai tekanan yang sama cuma yang bezanya adalah keadaan kerana masing masing tempat kerja yang berlainan. Rezeki masing masing bukan?

Mungkin apa yang dialami oleh Nunu adalah merupakan sebahagian kecil politik dalam bekerja tetapi sebenarnya orang lain lebih teruk bebanannya berbanding daripada Nunu. 

Tetiba terdetik di hati ini rasa bersyukur dengan ujian sekecil ini. Bukan kerana suka dengan ujian orang lain yang sememang berat tekanannya di mata Nunu tetapi bersyukur dalam kesedihan. Bersyukur kerana Allah masih lagi sayangkan Nunu walaupun Nunu banyak dan kerap kali leka dan lalai dalam beribadah kepadanya. Semua yang berlaku ada hikmah tertentu kerana bukan kerana Allah SWT turunkan ujian kepada sesiapa yang dikehendakinya kerana Dia tidak sayang akan umatnya tetapi sebenarnya benarnya Dia sayang dan kasih kepada kita.

Oleh kerana itu Dia turunkan ujian itu terhadap kita kerana Dia mahu melihat sejauh mana keikhlasan kita beribadah kerananya. Adakah kita sememang main main ataupun serius dengan ibadah kita. Subhana' Allah. Allahu Akhbar. 

Kepada pihak pihak atasan yang berjawatan tinggi, berkuasa besar dalam syarikat tolonglah berperikemanusiaan. Jangan fikir kami ini hamba hamba untuk menyiapkan kerja kerja sampah kamu sekalian. Tolonglah menjalankan tugas dengan berhikmah tak kira jawatan sebesar mana sekalipun gaji sebesar mana sekalipun.

Kita ini hanyalah hamba Allah SWT, walaupun pangkat berbeza tetapi matlamat kita sama. Maka beringat beringatlah dan jangan sampai dituduh zalim terhadap sesama manusia kelak tidak ada sesiapapun akan menghormati kalian bahkan mungkin di dunia tetapi di akhirat kelak.

Tak siapapun di dunia akan hidup selamanya, kita semua akan mati. Dunia adalah tempat persinggahan sementara, akhirah adalah destinasi kekal kita semua. Berbuat baiklah sesama manusia, janganlah kamu saling menzalimi sesama manusia.

Ya Allah, jauhkanlah diriku daripada sifat sifat kejam terhadap sahabat sahabatku, keluargaku, saudara saudara islamku daripada percakapan mahupun perbuatan. Jauhkanlah. Moga moga kita semua aman dan hidup diberkati Allah SWT. 

In shaa Allah ;)  




Monday, December 16

Menghurai maksud nama

N U R H A F I Z A

N U R bererti cahaya

H A F I Z A bererti pemelihara/protector

H - Harum
A - Amanah
F - Fleksibel
I - Ikhlas
Z - Zuhud
A - Alim

Diri ini tertanya tanya apakah yang dimaksudkan dengan perkataan Zuhud. Lalu pantas diriku mencari maksud perkataan itu dalam pencarian internet. Maka sekilatnya Nunu baru mengerti apa yang dimaksudkan oleh zuhud, iaitu meninggalkan perkara yang tidak bermanfaat demi kehidupan di akhirat. Segalanya bermula dengan hati. 

Kesimpulannya, so Nunu move ahead. 

Friday, December 13

Best Man ❤ Best Girl




Entah larh, quote daripada sesape entah???
Only the best man, can go to the sea
Only the best girl, can be with the best man


Hehehe, tetibe rasa bangga pulak

Takley, nanty orang cakap kita riak
So? No feeling at all. Kekeke

Apa yang boleh Nunu cakap simpulkan sini,

Kalau kita mahu jodoh kita orang yang terbaik
Maka wajiblah kita menjadi orang yang terbaik
Wajib okayh, cuba fahamkan



Monday, September 23

Orang Pertama dalam Islam : Bahagian 2

15 Orang Pertama dalam revolusi Islam


  1. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan azan ialah Bilal Bin Rabah RA.
  2. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW ialah Ali Bin Abi Thalib RA.
  3. Orang yang pertama membuat mimbar masjid Nabi Muhammad SAW ialahTamim Ad-Dary RA.
  4. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah ialah Az Zubair Bin Al Awwam RA.
  5. Orang yang pertama menulis sirah Nabi Muhammad SAW ialah Ibban Bin Uthman Bin Affan RA.
  6. Orang yang pertama beriman dengan Nabi Muhammad SAW ialah Khadijah Binti Khuwalid RA.
  7. Orang yang pertama mengasaskan usul Fikh ialah Imam Syafie RH.
  8. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam ialah Ali Bin Abi Thalib RA.
  9. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam ialah Muawiyah Bin Abi Sufyan RA.
  10. Orang yang pertama membina perpustakaan awam ialah Harun Ar Rasyid RH.
  11. Orang yang pertama mengadakan baitulmal ialah Umar Al Khattab RA.
  12. Orang yang pertama menghafal Al -Qur'an selepas Rasulullah SAW ialah Ali Bin Abi Thalib RA.
  13. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram ialah Khalifah Abu Ja'a far Al Mansur RH.
  14. Orang yang pertama digelar Al Muqry ialah Mus'ab Bin Umair RA.
  15. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga ialah Nabi Muhammad SAW. 
Sumber: Muntah Pelangi 

Friday, July 5

Last events for last semester

Nunu Frame Timeline Wall 4B11

Nunu Bunny Omey

Nunu Bunny

Merlin Nunu's New Season

Nunu & Pembuli Bear Tegar

Newrul, Ieja Greenlove & Hello Kitty

Newrul Atieycar Mickey & Isle Atie Minnie

Burger Bakar Abang Burn Seksyen 13

Pumpkins Wheels with 4 GIRLS

Karaoke at Highway Karaoke Space U8

Peace Isle Atie

Peace Nunu Nueha

Highway Karaoke Space U8 

Peace by US :)

Monday, July 1

Thank You Sir and Madam !!!




Saturday, June 1

Why I want to get married?


  • Because I want my eyes to see someone special, someone halal, knowing that he is my gift from Allah.
  • Because I want someone who loves Allah and loves me because he loves Allah.
  • Because I want somebody to share my happiness and praise Allah with me, someone to cry my tears with me and make du'a with me and someone to love and love Allah with me.
  • Because I want to have children of my own to love and care and share with a gift from Allah.
  • Because I want to share Allah's beautiful creations and praise His name with someone who Allah has fated to be with me since I was born.
  • Because verily, with a halal partner, my life and everything I do with my husband will be halal in the eyes of Allah.
  • Because I am gift from Allah to someone and I want to let him feel Allah's love through me.

Friday, May 31

Dia yang kau pilih

Besh ooohhhhh, my first impression bila dengar lagu ini. Hehehe, biasa letew.. Time jiwang jiwang ohhhh lagi lagi kalau bab kurang bernasib macam Nunu ni haaaa, sebijik haaaaa. Bik kau Nunu, telan dalam dalamssss 

Setiap baris kata kata yang ku baca
Bagaikan jalan hidupku
Tiada lurus semua seolah hampa
Haruskah aku sesali
Bagai kisah kita yang surut selalu
Bilakan berakhir
Biarkan aku berundur
Jika itu yang telah pun tertulis
Jalanku tak panjang
Bersama dirimu

Jadikan dia terbaik
Kerna itu yang telah kau pilih
Biarkan diriku membawa semua luka
Setiap kata kau ucap semua dusta
Pernahkah kau menyesali
Tiada tulus semua helah semata
Haruskah aku menanti
Kinikan berakhir
Ku takkan berpaling
Relakan segala

p/s: I don't hate you, I hate what you've done to me. Okayh, THANKSSSS C:

Lawa tak kucim tu posing macam Nunu? Hahaha~ Jangan main main mata tawwww!

Sunday, May 12

Find someone who....

Dear Nunu, find someone who...

  1. Isn't afraid of showing you off
  2. Is there for you
  3. Takes care of you
  4. Loves you unconditionally
  5. Can make you laugh and smile, especially when you're feeling down
  6. Isn't scared of telling you how they feel
  7. You can trust
  8. You can love with all your heart 
  9. You can tough it out with, through the good and the bad



Sunday, August 26

Part Two Diploma

IDS2IC ^^,
Bahagian kedua aka Part Two. Hmm, apa yang kitorang belajar masa zaman part 2 nieyh eh? Tak ingat lah pula Nunu nieyh. Haish, memori semua hilang. My worst things is my bad memory. Hahaha. Okay, lets me flashback once again. Hmm. Hmm. Hmm *Thinking............ 


Bila dah masuk semester baru feeling Nunu dah mulai rasa lain sikit. Sikit jela. Nunu dah terbiasa dengan keadaan sekeliling kat UiTM Kampus Machang. Tiada lagi erti kekok belenggu dalam diri. Boleh dikatakan sudah selesa tinggal di kampus Machang tu. Kawan kawan pun happening. Haa, semester nieyh kami ada penambahan 2 orang classmate baru iaitu Abang Fikh & Abang Aiman. Mereka berdua extend satu sem waktu tuh dan bertambah meriahlah kelas kami dengan gelagat masing masing. Hahaha. Dalam kelas lagi lah happening walaupun Nunu really feel missing a lot during part one. It cant be replaced. *Sad.........

Semester inilah kami sekelas mula belajar HTML. Nama panjang pun dy Nunu tak ingat. Hehehe *Sori...... Not bad lah  subjek nieyh tapi Nunu lebih suka subjek yang pakai Macromedia. Hehe. Sebab subjek tak complicated macam HTML. Cik Nasir Ismail yang mengajar Nunu dan rakan sekelas, beliau pun mengajar kami semua dengan best. Dulu Cik Nasir sekarang telah bergelar Dr Nasir Ismail pun. Bangga Nunu dengan pencapaian beliau sebab bagi Nunu beliau betul betul mengajar pelajar pelajarnya dengan baik. Lebih lebih lagi Nunu mudah menerima apa yang telah beliau ajarkan masa dulu. Alhamdulillah, berkat ikhlas beliau membantu kami yang sememangnya zero. *Happy.............


Geng Hawa 2C ^^


Friday, July 27

Kapsul Masa: Part One Diploma

ISD111C

Perrghh, siapa yang ramai-ramai tu?? Jeng. Jeng. Jeng...Heheee Masing-masing segak bergaya dengan pakaian masing-masing. Sponsor by? disponsor sendiri. Hahaha. Gambar ni dicapture semasa Majlis Jamuan Raya Fakulti Pengurusan Maklumat, Machang, Kelantan. Ni semua budak sekelas Nunu part 1 sekitar tahun 2008. Nunu and the classmate gang ditempatkan dalam Group C. Hmm, rasanya tak perlu kot nak kenalkan satu-satu. Lenguh jari nak menaip. Huhuhu. Nampak sangat tak ikhlas nak bercerita. Hahaha. Mana ada. Tengah story la niiiii. Dah nama pun part 1 hence, wajiblah dan haruslah kena buat satu persembahan sempena majlis tu. Kitorang kena berlakon pantomime. Kalau tak salah ingat berkisarkan seorang anak yang belajar di luar negara tetapi derhaka kepada ibu bapa kerana kemiskinan yang melanda dalam keluarganya.  Hamboi, kisah teladan. Hahaha. 

Dalam kelas masa kuliah pula kitorang ni sibuk belajar lah konon. Part 1 kot.. Semua dalam kelas tu skema masing-masing tak payah cerita lah kan. Mata tajam je perhati pensyarah mengajar kat hadapan walhal.. Waaaah, apa bahasa pensyarah ni cakap tak faham lah, mengantuk nyeeee bila lah kelas ni nak habis. Ye lah 3 jam kot kuliah. Letih. Letih... Lapar laaaaah, nak mamam. Tu ayat rutin biasa kalau kelas pagi pukul 8 sebab masing-masing memang tak breakfast. Hampeh, betul kan. Bila time pensyarah tanya faham ke tak. Semua mengangguk tanda faham sebab takut dengan pensyarah. Eh, bukan takut lah tapi hormat. Hehehe. Yo.Yo.Yo lah. Bila nak dekat test takpun nak wat assignment baru ingat nak tanya pensyarah. camne nak wat. camne nak wat. Hahaha. 

In fact, kawan sekelas Nunu yang namanya Aina dan Zaman masa ketika ini sekarang dah berkahwin pun dan bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi. Syukur, Alhamdulillah. Nunu happyyyyyyyyyyyyyyyyyy sangat sangat sangat.  Terkejut juga bila diberitahu oleh Zaman sendiri melalui mesej pesanan ringkas pada hari lahirnya 20 Julai pukul 3 petang. Tak sangka dulu masa time ni mereka berdua tak rapat pun. Part 5 baru mereka mula bercinta. Tapi tu nanti Nunu cerita dalam kapsul masa yang lain pula. Nantikan pula bahagian Kapsul Masa: Part Two, Three, Four, Five & Six Diploma

1C's Girl

Farizah, Aina, Nunu


Monday, July 9

Rainy ˚ᆺ˚

Its raining outside there 
I can hear a sound of raindrops in my ears
A deep sound go through into my hearts 
It could be nice for me to share this lovely moments with you..
I'm really go into it
Share with you this moment  
I'm really miss you.
I'm really miss a time to talking, chatting and seating with you..
I cant erased or even delete that moment 
And now when a rain is stop.
You are leaving me 
Leaving me without turn back your face 
Couldn't you wait for the rainbow 
Our lovely rainbows.. 
For now I am are looking for shiny and bright sun
A sun that can dry me from a wet of raindrops
The brightness of sun that can help me to erased the old memory with you.. 
And I'm still standing waiting for newer colorful rainbows
The new rainbow that will bring a lot of joyful and happiness into myself..
 

Blog Template by YummyLolly.com