Showing posts with label :: New Nunus n_n (Y). Show all posts
Showing posts with label :: New Nunus n_n (Y). Show all posts

Thursday, November 20

saya & redha



Saya & Redha

Apabila kita redha dengan sesuatu yang mengecewakan hati kita. Maka percayalah Allah SWT akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tak dijangka!

Jiwa Kental

Thursday, October 30

Hikmah Istighfar


Assalammualaikum, hai hai hai semuaaaa. Hehehe

Kali nieyh Nunu nak buka story tentang hikmah beristighfar dan kalau kengkawan semua nak tahu; ia nya memang memang totally berkesan and that things had proffer/brought many benefits to my own. Nak cakap testimonial nyeee memang betul larh ni. Hehehe. Okayh, back to the facts and serious part. Hehe.

Previously, Rasulullah SAW ada pernah inform kat semua yg kebaikan yg bakal diperoleh oleh seseorng yg beriman dan Islam yg gemar menyebut kalimah "Astaghfirullah"; 
1) Allah SWT akn datangkan kesenangan bg setiap kesusahan yg kita hadapi.
2) Allah SWT akn berikan jalan keluar penyelesaian atas sgala kesusahan yg kita hadapi.
3) Allah SWT psty akn beri kita rezeki drpd sumber2 yg kita tdak sangka2.

Nak dijadikan cerita, actually Nunu at that time tengah berperang dengan jiwa. Very worst difficulties, I thinks that one was correct terms to describe my situation. Hehehe. Then, I took out life 3'C terms which are, choice, chance and change. "I must make a choice to take a chance or my life will never change". Alternatively, I choose back to my deen (chance) as my life drastically changed.

Istighfar, istighfar, istighfar, yakni menyebut 'astaghfirullah' ataupun 'astaghfirullahl-azim, alazi lailaha-illalah hual-haiyul-qaiyim, wa-atubu ilahi'. Amalkan pada waktu pagi dan petang.  Nak lebih agy? Amalkan dgn zikir Penghulu Istighfar, satu kali kita bacanya bersamaan dgn 1000 kali. See, Allah SWT mempermudahkan umatnya. Beruntungkan kita?

Haaa, jgn dok sibuk istighfar je memanjang tp tinggalkan kewajipan fardhu lain plop. 
In the depth, I perform it well. Otherwise, I won't forget to perform taubah solah, recite Qur'an more and more etc, no like a chipsmore okayhhhh.

After all, the results is I survive. Happy, Calm - dulu calm tapi kali ini lebih agy laaaa dan tup tup tup, Nunu dapt bonus gaji dalam bulan itu. Yeahhh, Alhamdulillah. Pahtu, ada ehem ehem nak kenal2 plop. Ahaa, yg tu Nunu anggap ujian bukan nikmat dah. Err, malas layan setakat ni selesa bercinta dengan Allah SWT. He is my the best ever companion that I ever had. Itulah, dimksdkan rezeki dan nikmat yg tak disangka sangka. Syukurrrrr :)

P/S: Bukan niat Nunu nak tunjuk eksyen ye eh, tapi Nunu nak kongsikan pengalaman yg Nunu alami sendiri taw. 

Nunu attach video Penghulu Istighfar dr UNIC dan tazkirah ringkas dr UAI. Moga sama sama kita peroleh kebaikan Nya. In shaa Allah.. 








Friday, October 17

Surah Al - Mathurat

Assalammualaikum, Hye, Selamat pagi, Salam Sejahtera untuk semua nyeeee :)

Ahaaaa, harini Nunu nak kongsi satu informasi berkenaan Surah Al -Mathurat. Apa tu Mathurat? Kalau kawan2 nak tahu Al -Mathurat tu adalah wirid dan doa harian yang diamalkan oleh Rasulullah SAW pada masa dahulu dan kemudiannya telah disusun oleh Iman As -Syahid Hasan Al-Banna. "Subhanallah".

 Haaa, kalau kawan2 nak tahu agy. Mathurat ni ada 2 jenis antaranya yang pertama ialah Kubra means BESAR and another one lagi iaitu Sughra means KECIL. Apa beza antara kedua dua ni? Bacaannya. Bacaan Al -Mathurat Kubra adalah lebih panjang berbanding dengan Sughra. Faham x? Faham la kan kan kan. Okayh, next.  

Surah Al-Mathurat ni ada baiknya dibaca pada waktu pagi, lepas waktu subuh. Jangan lupa subuh lak taw. Hehehe, surah ini boleh juga dibaca pada waktu petang. Haaa, nak baca 2 kali sehari pun no hal larh. Okay, next.

Antara kandungan surah2 dalam Al-Mathurat adalah seperti berikut:
1) Al-Fatihah
2) Al-Baqarah (1-5)
3) Al-Kursi
4) Al-Baqarah (256-257)
5) Al-Baqarah (284-286)
6) Al-Imran (1-2)
7) Thaha (1-2)
8) At-Taubah (129)
9) Al-Isra (110-111)
10) Mukminun (115-118)
11) Ar-Rum (17-26)
12) Mukmin (1-3)
13) Al-Hasyr (22-24)
14) Az-Zalzalah
15) Al-Kafirun
16) An-Nasr
17) Al-Ikhlas
18) Al-Falaq
19) An -Nas 

In short, try la baca dan amalkan Al-Mathurat ni. Banyak kelebihannya, Nunu sendiri pun amalkannya. Terbukti memang berkesan. Nunu rasa selamat, tenang dan lapang. Alhamdulillah. Banyak kelebihannya lagi antaranya kita terselamat daripada perkara yang tidak diingini dan In shaa Allah, Allah SWT akan cukupkan apa yang sangat kita perlukan daripada urusan dunia dan akhirat. Moga2 kita di bawah perlindungan Ya Rabb selalu. Okayh, tu doa Nunu untuk kamu kamu sekalian yeeee. Hehe :)

Okayh larh, nak tutup cerita ni. Segala yang baik itu datang daripada Allah SWT, dan segala yang buruk itu datang daripada kelemahan Nunu sendiri. Maaf ye, kalau ada point2 informasi tadi ada yang kurang tepat, perbaikikanlah ye. Bye, Assalammualaikum :)

Untuk new learner, Nunu sertakan video youtube bacaan Al-Mathurat Kubra dari Bazli UNIC dan Abdullah Fahmi ;)




Tuesday, September 10

Soalan Popular

Haishhhh, dulu masa student topik bual mesti pasal belajar. Eh, siap da ke assignment? Eh, arini kelas cancel eh? Asal xde orang gtaw pun? Eh, camne test tadi? Ko boley buat tak? Susah weyh.. Aku taram je. Penat je baca last last tak kuar pun. Eh, result kua bile? Eh, result kau baper? Mesty dekan an? Hahaha, tetibe rasa kelakar je bila teringat zaman belajar dulu. Hehehe

Sekarang dah masuk kije. Tak sampay sebulan je ni ha. Orang da start tnya. Eh, Nunu ad boifren x? Eleeeeh, tipu je la xde boifren. Sengih je. Laaaa, opkos la sengih bila orang tnya Nunu soklan camtu. Sebab ap? Sebab muka Nunu ni macam da kena cop. Ahaha, padahal... Takde pape pun. Soklan popular nye bila nak kahwin? Hmmm, tnya Nunu mmg Nunu x reti la dan tak pandai nak jawab. Sengih ja mampu. Puihhh, haha. 

Walaupapepun, Nunu suka dengan doa doa kengkawan sume yang nak sangat tengok Nunu ni kahwin. Cepat cepatlah kahwin kanssss. Papepun doa doa kamu semua la in shaa Allah, Nunu bakal berkahwin. Jangan risau okayh! Semua dijemput hadir. Hahaha, puihhhh. Laaa, bukannye Nunu tanak kahwin tapi sekarang jodoh masih tak sampay agy. Semuanya akan sampay bila Allah cakap Nunu sebenar benarnya dah ready dan dah layak berkahwin pun. Ada sijil kursus kahwin pun tak menjamin Nunu ni dah bersedia. Just need to be prepared. Anything can happen.    

Friday, August 23

New work

Hai !!! Selamat hari raya! Hehe, maaf lambat wish kepada sesiapa yang Nunu tak sempat nak wish haritu. Nunu minta maaf sangat sangat taw kalau pernah buat kekorangsss terasa dengan percakapan, perbuatan, penulisan Nunu dekat blog ni baik sengaja mahupun Nunu tak sengaja menyakitkan perasaan dan hati sesiapa pun la kannn. Eheh, sorry. So, macam mana dengan raya korangsss tahun ni? Mesty besh, meriah kan? Alhamdulillah, kita semua masih lagi berpeluang menyambut hari kemenangan tu bukan? Syukur sangat Malaysia masih aman. Alhamdulillah ;)

Maaf sudah, raya pun sudah. Hehehe, sekarang ni Nunu sedang bekerja taw. Alhamdulillah. Kerja berdekatan dengan area Bangsar sebagai Research Analyst. Pada awalnya, memang agak keberatan Nunu menyesuaikan diri untuk bekerja dalam bidang ini. Hanya Allah swt sahaja yang faham bebanan yang Nunu rasakan. Perit juga untuk menghabiskan minggu pertama bekerja. Memang terkontang kanting dibuatnya. Hai~

Sekarang sudah masuk minggu yang kedua dan Nunu harap sangat sangat korangsss doakan supaya Nunu tak stress lagi untuk menanggung tekanan kerja ini. Semoga prestasi kerja Nunu semakin baik dan baik di sini, semakin selesa dan selesa bekerja di sini, urusan kerja Nunu semuanya dipermudahkan. Ameen. Ameen Ya rabb.

Jelingan stress =_+

Wednesday, July 4

Tika menghadapi fitnah ;)

Ketika kita berhadapan dengan fitnah mahupun umpatan, terdapat akhlak, cara serta sifat yang harus dipraktikkan agar fitnah tersebut tidak melangkaui batas lalu meninggalkan kesan yang tidak baik iaitu negatif dan buruk  ke atas manusia yang terlibat dan juga supaya kita sendiri tidak terlibat membawa fitnah ke daam masyarakat Islam khususnya. Antara cara akhlak tersebut seperti berikut:

1) Berhati-hati dan Lemah lembut
Rasulullah SAW pernah bersabda, maksudnya: " Sikap lemah lembut tidak ada pada sesuatu perkara kecuali menambah keindahannya. Dan tidak dicabut sikap itu daripada sesuatu perkara kecuali akan menambah kerosakannya." (Riwayat Muslim)
Sebagai manusia kita perlulah bijaksana, tanpa gopoh dan jangan cepat membuat kesimpulan.

2) Sabar
Perlukan banyak kesabaran terutamanya dalam menghadapi fitnah. 
Rasulullah SAW juga bersabda yang bermaksud: " Sesungguhnya akan datang selepas zaman kamu ini satu keadaan yang amat memerlukan kesabaran. Bersabar pada ketika itu seperti memegang bara api. Bagi orang yang beramal dengan Sunnah Nabi SAW pada masa itu akan mendapat pahala seperti 50 orang.

3) Adil dan Insaf
Sekiranya seseorang Muslim mengamalkan sifat insaf untuk melaksanakan keadilan, bermula pada dirinya sendiri kemudian kepada orang lain, nescaya dengan izin Allah SWT akan selesai dan terhapuslah kebanyakan daripada masalah yang berlaku dalam kalangan kaum Muslimin samada yang bersifat peribadi mahupun melibatkan orang lain dan masyarakat umumnya.  

 

Blog Template by YummyLolly.com