Monday, July 23

Bulan Kesabaran

Bulan Ramadhan..Bulan Kesabaran. Bulan yang tercatat dalam kalendar Islam. Bulan yang ditunggu-tunggu dan dinanti-nanti oleh sekelian muslimin serta muslimat. 

Sebagaimana yang telah tercatit dalam firman Allah SWT iaitu surah Al Baqarah ayat 183: "Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu untuk berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa"

Begitu banyak ganjaran yang bakal dikurniakan oleh Allah SWT untuk hamba-hambaNya yang terpilih. Pintu taubat juga terbuka bagi sesiapa yang bergelar umatNya untuk memohon keampunan dan menghapuskan segala dosa-dosa kecil mahupun besar. Allah Maha Mendengar justeru itu tidak apa yang perlu dikhuatiri. Sebaik-baik pertolongan adalah datang daripada pertolongan Allah SWT. Itu memang tidak perlu dinafikan. Mintalah daripada Dia selagi permintaan kamu itu ikhlas setulus hatimu serta tidak benar-benar akan memudaratkan orang lain pada masa akan datang.




 

Blog Template by YummyLolly.com