Friday, July 27

Kapsul Masa: Part One Diploma

ISD111C

Perrghh, siapa yang ramai-ramai tu?? Jeng. Jeng. Jeng...Heheee Masing-masing segak bergaya dengan pakaian masing-masing. Sponsor by? disponsor sendiri. Hahaha. Gambar ni dicapture semasa Majlis Jamuan Raya Fakulti Pengurusan Maklumat, Machang, Kelantan. Ni semua budak sekelas Nunu part 1 sekitar tahun 2008. Nunu and the classmate gang ditempatkan dalam Group C. Hmm, rasanya tak perlu kot nak kenalkan satu-satu. Lenguh jari nak menaip. Huhuhu. Nampak sangat tak ikhlas nak bercerita. Hahaha. Mana ada. Tengah story la niiiii. Dah nama pun part 1 hence, wajiblah dan haruslah kena buat satu persembahan sempena majlis tu. Kitorang kena berlakon pantomime. Kalau tak salah ingat berkisarkan seorang anak yang belajar di luar negara tetapi derhaka kepada ibu bapa kerana kemiskinan yang melanda dalam keluarganya.  Hamboi, kisah teladan. Hahaha. 

Dalam kelas masa kuliah pula kitorang ni sibuk belajar lah konon. Part 1 kot.. Semua dalam kelas tu skema masing-masing tak payah cerita lah kan. Mata tajam je perhati pensyarah mengajar kat hadapan walhal.. Waaaah, apa bahasa pensyarah ni cakap tak faham lah, mengantuk nyeeee bila lah kelas ni nak habis. Ye lah 3 jam kot kuliah. Letih. Letih... Lapar laaaaah, nak mamam. Tu ayat rutin biasa kalau kelas pagi pukul 8 sebab masing-masing memang tak breakfast. Hampeh, betul kan. Bila time pensyarah tanya faham ke tak. Semua mengangguk tanda faham sebab takut dengan pensyarah. Eh, bukan takut lah tapi hormat. Hehehe. Yo.Yo.Yo lah. Bila nak dekat test takpun nak wat assignment baru ingat nak tanya pensyarah. camne nak wat. camne nak wat. Hahaha. 

In fact, kawan sekelas Nunu yang namanya Aina dan Zaman masa ketika ini sekarang dah berkahwin pun dan bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi. Syukur, Alhamdulillah. Nunu happyyyyyyyyyyyyyyyyyy sangat sangat sangat.  Terkejut juga bila diberitahu oleh Zaman sendiri melalui mesej pesanan ringkas pada hari lahirnya 20 Julai pukul 3 petang. Tak sangka dulu masa time ni mereka berdua tak rapat pun. Part 5 baru mereka mula bercinta. Tapi tu nanti Nunu cerita dalam kapsul masa yang lain pula. Nantikan pula bahagian Kapsul Masa: Part Two, Three, Four, Five & Six Diploma

1C's Girl

Farizah, Aina, Nunu


 

Blog Template by YummyLolly.com