Saturday, July 14

2 Minggu \(^ω^\)



Nampaknya sudah hampir 2 minggu Nunu meninggalkan alam semester 4 di Puncak Perdana dan 2 minggu jugalah Nunu sudah mulai serasi tinggal di rumah sendiri. Alhamdulillah, berkat doa dan sokongan kawan-kawan Nunu sendiri. Hmm, kalau dah 2 minggu tinggal kat rumah ni so mesti ada banyak nak diceritakan.kan.kan.kan.. Hehehe. Tiada lagi kisah sedih okayh. 

Masa Nunu kini kian terisi. Kadang-kadang tu sampai Nunu fikir "Hmm, pantasnya masa berlalu.. Tak sempat nak wat pape lagi.." Biasalah, kat rumah kalau hari Isnin sampai Jumaat daripada pagi sampai petang Nunu akan tinggal sorang. Adik laki yang bersekolah tu lepas habis sekolah petang baru nampak muka dia kat rumah ni. Kemudian, malam pukul 8 dia pergi kelas tuisyen hinggalah pukul 10 sekali lagi baru nampak muka dia di waktu malam. Ma dan Abah pula kerja. Ma petang lepas pukul 5 baru balik rumah. Abah pula kerja tak ikut masa sebelum subuh dah keluar pukul 6.30 sampai rumah hantar Ma pergi kerja. Lepas tu, balik rumah pukul 12 keluar pergi kerja semula hingga pukul 3 petang balik rumah dan akhir sekali pukul 4 lebih camtu keluar jemput Ma kat tempat kerja.

Macam tu lah hari - hari bekerja. Sabtu dan Ahad pula kami sekeluarga biasanya akan memenuhi jemputan kenduri para jiran terdekat dan saudara mara. Terpulanglah kenduri pape pun doa selamat ke walimatulurus ke aqiqah ke..Selain itu, kami sekeluarga pun pergi sight seeing too. Amacam? Memang padatkan.. Satu perkembangan yang bagus untuk Nunu. Ma & Abah sibuk kerja diluar Nunu sibuk bekerja dalam rumah walaupun masa rehat Nunu lagi panjang dibandingkan dengan mereka. ヾ(●⌒∇⌒●)ノ



 

Blog Template by YummyLolly.com