Monday, December 30

Social Site

Twitter? Instagram? Dua social networking site yang agak setahun Nunu tinggalkan. Tinggal yang dimaksudkan bukan tinggal tak buka langsung tapi sebab Nunu deactivatedkan akaun social networking site tersebut. 

Masa mula mula lenyapkan akaun kedua dua itu, ramai jugak sahabat sahabat yang follow akaun Nunu bertanya mana Nunu nieyh menghilang? Jawapan common yang Nunu bagi adalah senyum, sengih. Do I have any choice? Bukan ke senyum itu sedekah. Even what apps aplikasi pun Nunu uninstall. Masha Allah, apakah yang berlaku dan terjadi pada Nunu pada ketika itu. Terkadang Nunu sendiri pun seakan tidak mengerti tindakan drastik Nunu sedemikian. 

Namun, apakan daya. Itulah yang dinamakan hijrah. I need some changes. This is my life not open life. Senang cerita, masa. Masa? Kenapa dengan masa? Orang lain pun sibuk jugak. Masa belajar, masa bekerja. Ada sahaja masa lapang nak log in sites macam tu. Harus diingatkan Nunu bukan kamu dan kamu bukan Nunu. Nunu rasa banyak masa Nunu terbuang dekat situ. 

Nunu pun sekarang sudah dewasa, so Nunu tidak mahu menghabiskan masa tersebut dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah seperti itu sedangkan Nunu boleh mengisi masa masa seperti itu dengan mengingati Allah seperti mengaji. Alhamdulillah, Nunu rasa tenang walaupun rasa jauh dengan kawan tetapi sebenarnya Nunu rasa dekat dengan Allah SWT. 

Instagram tak perlu cakaplah kan. Memang banyak jugak gambar gambar yang Nunu tangkap masa ada akaun IG dulu. Hehehe, syaitan bila dia nak goda kita sebagai manusia, memang sekejaplah kan. Tapi, jangan tolak kuasa Allah SWT sebab bila Dia hendak hambanya berubah dan tunduk kepadaNya bila bila masa sahaja Dia mampu lakukanNya. Allahu Akhbar.
Sayang Allah SWT sangat sangat ;)  

"Sebelum saya berhijrah, saya melalui waktu jahiliah"








 

Blog Template by YummyLolly.com