Monday, December 30

3 hari

Sepanjang tiga hari bercuti pada minggu lepas, banyak perkara yang Nunu belajar dan rasai pengalamannya sendiri. Antaranya, suasana politik dalam alam pekerjaan. 

Mungkin bagi Nunu, kerja Nunu ini memberikan tekanan yang mendalam tetapi sebenarnya bukan Nunu sahaja yang merasai situasi tekanan yang menekankan di alam pekerjaan bahkan orang lain juga merasai tekanan yang sama cuma yang bezanya adalah keadaan kerana masing masing tempat kerja yang berlainan. Rezeki masing masing bukan?

Mungkin apa yang dialami oleh Nunu adalah merupakan sebahagian kecil politik dalam bekerja tetapi sebenarnya orang lain lebih teruk bebanannya berbanding daripada Nunu. 

Tetiba terdetik di hati ini rasa bersyukur dengan ujian sekecil ini. Bukan kerana suka dengan ujian orang lain yang sememang berat tekanannya di mata Nunu tetapi bersyukur dalam kesedihan. Bersyukur kerana Allah masih lagi sayangkan Nunu walaupun Nunu banyak dan kerap kali leka dan lalai dalam beribadah kepadanya. Semua yang berlaku ada hikmah tertentu kerana bukan kerana Allah SWT turunkan ujian kepada sesiapa yang dikehendakinya kerana Dia tidak sayang akan umatnya tetapi sebenarnya benarnya Dia sayang dan kasih kepada kita.

Oleh kerana itu Dia turunkan ujian itu terhadap kita kerana Dia mahu melihat sejauh mana keikhlasan kita beribadah kerananya. Adakah kita sememang main main ataupun serius dengan ibadah kita. Subhana' Allah. Allahu Akhbar. 

Kepada pihak pihak atasan yang berjawatan tinggi, berkuasa besar dalam syarikat tolonglah berperikemanusiaan. Jangan fikir kami ini hamba hamba untuk menyiapkan kerja kerja sampah kamu sekalian. Tolonglah menjalankan tugas dengan berhikmah tak kira jawatan sebesar mana sekalipun gaji sebesar mana sekalipun.

Kita ini hanyalah hamba Allah SWT, walaupun pangkat berbeza tetapi matlamat kita sama. Maka beringat beringatlah dan jangan sampai dituduh zalim terhadap sesama manusia kelak tidak ada sesiapapun akan menghormati kalian bahkan mungkin di dunia tetapi di akhirat kelak.

Tak siapapun di dunia akan hidup selamanya, kita semua akan mati. Dunia adalah tempat persinggahan sementara, akhirah adalah destinasi kekal kita semua. Berbuat baiklah sesama manusia, janganlah kamu saling menzalimi sesama manusia.

Ya Allah, jauhkanlah diriku daripada sifat sifat kejam terhadap sahabat sahabatku, keluargaku, saudara saudara islamku daripada percakapan mahupun perbuatan. Jauhkanlah. Moga moga kita semua aman dan hidup diberkati Allah SWT. 

In shaa Allah ;)  




 

Blog Template by YummyLolly.com