Ketika kita berhadapan dengan fitnah mahupun umpatan, terdapat akhlak, cara serta sifat yang harus dipraktikkan agar fitnah tersebut tidak melangkaui batas lalu meninggalkan kesan yang tidak baik iaitu negatif dan buruk ke atas manusia yang terlibat dan juga supaya kita sendiri tidak terlibat membawa fitnah ke daam masyarakat Islam khususnya. Antara cara akhlak tersebut seperti berikut:
1) Berhati-hati dan Lemah lembut
Rasulullah SAW pernah bersabda, maksudnya: " Sikap lemah lembut tidak ada pada sesuatu perkara kecuali menambah keindahannya. Dan tidak dicabut sikap itu daripada sesuatu perkara kecuali akan menambah kerosakannya." (Riwayat Muslim)
Sebagai manusia kita perlulah bijaksana, tanpa gopoh dan jangan cepat membuat kesimpulan.
2) Sabar
Perlukan banyak kesabaran terutamanya dalam menghadapi fitnah.
Rasulullah SAW juga bersabda yang bermaksud: " Sesungguhnya akan datang selepas zaman kamu ini satu keadaan yang amat memerlukan kesabaran. Bersabar pada ketika itu seperti memegang bara api. Bagi orang yang beramal dengan Sunnah Nabi SAW pada masa itu akan mendapat pahala seperti 50 orang.
3) Adil dan Insaf
Sekiranya seseorang Muslim mengamalkan sifat insaf untuk melaksanakan keadilan, bermula pada dirinya sendiri kemudian kepada orang lain, nescaya dengan izin Allah SWT akan selesai dan terhapuslah kebanyakan daripada masalah yang berlaku dalam kalangan kaum Muslimin samada yang bersifat peribadi mahupun melibatkan orang lain dan masyarakat umumnya.
0 comments:
Post a Comment