Friday, October 17

Surah Al - Mathurat

Assalammualaikum, Hye, Selamat pagi, Salam Sejahtera untuk semua nyeeee :)

Ahaaaa, harini Nunu nak kongsi satu informasi berkenaan Surah Al -Mathurat. Apa tu Mathurat? Kalau kawan2 nak tahu Al -Mathurat tu adalah wirid dan doa harian yang diamalkan oleh Rasulullah SAW pada masa dahulu dan kemudiannya telah disusun oleh Iman As -Syahid Hasan Al-Banna. "Subhanallah".

 Haaa, kalau kawan2 nak tahu agy. Mathurat ni ada 2 jenis antaranya yang pertama ialah Kubra means BESAR and another one lagi iaitu Sughra means KECIL. Apa beza antara kedua dua ni? Bacaannya. Bacaan Al -Mathurat Kubra adalah lebih panjang berbanding dengan Sughra. Faham x? Faham la kan kan kan. Okayh, next.  

Surah Al-Mathurat ni ada baiknya dibaca pada waktu pagi, lepas waktu subuh. Jangan lupa subuh lak taw. Hehehe, surah ini boleh juga dibaca pada waktu petang. Haaa, nak baca 2 kali sehari pun no hal larh. Okay, next.

Antara kandungan surah2 dalam Al-Mathurat adalah seperti berikut:
1) Al-Fatihah
2) Al-Baqarah (1-5)
3) Al-Kursi
4) Al-Baqarah (256-257)
5) Al-Baqarah (284-286)
6) Al-Imran (1-2)
7) Thaha (1-2)
8) At-Taubah (129)
9) Al-Isra (110-111)
10) Mukminun (115-118)
11) Ar-Rum (17-26)
12) Mukmin (1-3)
13) Al-Hasyr (22-24)
14) Az-Zalzalah
15) Al-Kafirun
16) An-Nasr
17) Al-Ikhlas
18) Al-Falaq
19) An -Nas 

In short, try la baca dan amalkan Al-Mathurat ni. Banyak kelebihannya, Nunu sendiri pun amalkannya. Terbukti memang berkesan. Nunu rasa selamat, tenang dan lapang. Alhamdulillah. Banyak kelebihannya lagi antaranya kita terselamat daripada perkara yang tidak diingini dan In shaa Allah, Allah SWT akan cukupkan apa yang sangat kita perlukan daripada urusan dunia dan akhirat. Moga2 kita di bawah perlindungan Ya Rabb selalu. Okayh, tu doa Nunu untuk kamu kamu sekalian yeeee. Hehe :)

Okayh larh, nak tutup cerita ni. Segala yang baik itu datang daripada Allah SWT, dan segala yang buruk itu datang daripada kelemahan Nunu sendiri. Maaf ye, kalau ada point2 informasi tadi ada yang kurang tepat, perbaikikanlah ye. Bye, Assalammualaikum :)

Untuk new learner, Nunu sertakan video youtube bacaan Al-Mathurat Kubra dari Bazli UNIC dan Abdullah Fahmi ;)




0 comments:

 

Blog Template by YummyLolly.com