Wednesday, January 29

Sayu

Astagfirullah, sejak kebelakangan ini Nunu rasa tak sedap hati jerr, seolah - olah petanda ada sesuatu yang buruk bakal berlaku atau apa maksud sebenarnya semua ini. Nunu seakan akan memang tidak mengerti apa perasaan tersebut. Ada orang rindu sangat sangat kat Nunu ke? Ada orang nak minta maaf kat Nunu ke tapi takut nak meluahkannya? Ada orang yang menyimpan dendam pada Nunu ke? Nunu ada buat sesiapa kecil hati ke? atau bagaimana? Nunu sendiri tak faham dan kalau diberi pilihan memang tidak mahu faham dan tidak mahu perasaan sayu itu terus membelenggu jiwa Nunu. 

Atau entah apa sebenarnya. Kalau diikutkan hati Nunu malas nak fikir sebab Nunu sendiri banyak kerja dekat pejabat but then this things always keep datang and datang. Nunu selalu menyibukkan diri apabila ada masa terluang macam buat kerja itulah buat kerja inilah, tetapi perasaan itu tetap hadir. Tak pasti perasaan positf atau negatif sebabnya perasaan itu perasaan yang sayu. Sayu kepada siapa dan apa Nunu tak tahu. Tidak ada penjelasan tentang itu. 

To all of you, sesiapa yang terbaca post ini ke apa ke kannss. First of all, Nunu hendak minta maaf dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki jikalau Nunu pernah susahkan kalian, baik dari segi percakapan ke perbuatan ke penulisan ke atau apa apa sahaja. Maafkan lah Nunu samaada Nunu masih lagi hidup di dunia sekarang atau Nunu sudah tiada lagi. Sama samalah kita eh. Entahlah, nak tulis post ini pun Nunu rasa malas sangattttt. Tapi Nunu ikhlas sebenarnya. Nunu sayang semua orang okayhhhh. Tak simpan dendam dekat sesiapapun tak kira sebesar mana mahupun sekecil manapun Nunu tak ambil hati pun. Nunu maafkan sudah semua. 

I am sure korang semua tahu perangai Nunu bagaimana bukan, tak pernah ambil kisah pun. Hehehe, bagi Nunu ianya bukan satu masalah besar nak berbaik dengan orang lain. Kenapa nak berdendam bagai? Bukan dapat faedah pun. Hehehe
 

Blog Template by YummyLolly.com