Friday, May 24

Kuasa Warna

Personaliti warna mengikut tarikh kelahiran. Zzzzz, mengantuk sungguhhhhhh. Nunu dilahirkan pada sekian sekian lah. Hasilnya, sendiri bacalah ye.....

21 APRIL hingga 30 APRIL adalah warna PUTIH

Golongan ini mempunyai matlamat yang jelas dalam hidup dan berusaha keras untuk mendapatkannya. Sering mendapat perhatian tinggi daripada orang lain kerana golongan ini agak berkebolehan dalam pelajaran mahupun kerjaya. Walaubagaimanapun, golongan ini kuat cemburu dan kadangkala sukar hendak bekerjasama dengan orang lain. Perhubungan cinta golongan ini pula sering tegang dek kerana sikap cemburu terhadap pasangan. Cemburu itu memang tanda sayang tetapi kalau sudah melampaui batas, itu cemburu buta namanya....

Kenyataan daripada Nunu pula;

Part yang betul adalah bahagian mempunyai matlamat yang jelas tapi kalu nak tahu  Nunu ni ada matlamat tapi masa yang sama malas untuk mencapainya. Malasssss sangatttttttt. Tak payah terangkanlah sangat perasaan malas tu kot. Semua orang faham rasa nyeeeee. Lebih lebih lagi bagi perkara yang Nunu tak minat langsung iaitu belajar secara formal. Nunu lebih suka perkara yang lebih pada teknikal sebab tu la annnn. Malas nak taip jugak sebenarnye ni tapi dalam hati nak bercerita sangattttttt. Haish !

Bab cemburu tu betul tapi Nunu ase cemburu dengan pasangan tak mungkin terjadi sebab Nunu tak berpasangan pun. Hahahaha. Nunu selalunya cemburu dengan pencapaian orang lain. I can't see people who are success than me. Betulsssss. Maybe orang tengok eh apehal budak ni nak jeles macam tu. Tapi bagi Nunu cemburu sebab perkara macam tu bagus sebab benda tu sangat memotivasikan diri Nunu untuk berusaha jadi seperti, sebijik, sesame macamssss itu dan maybe lebih berjaya daripada orang itu. In shaa Allah.


 

Blog Template by YummyLolly.com