Tuesday, November 27

Sesaat

Sesaat. Sesaat engkau hadir menjelma, sesaat engkau hilang pergi begitu sahaja. Diriku sangka orangnya di depan mata sahaja rupanya orangnya hujung di sebelah sana. Bukan mengapa. Diriku berkenalan dengannya tika waktu bulan yang baik iaitu tanggal Ramadhan. Ku sangkakan dia seorang putera yang hadir dalam bayangan pastiku di alam realiti. Tetapi baruku sedar yang itu hanyalah alam fantasi yang menjelma semata mata untuk menduga kekuatan jiwaku pada sang arjuna. Untuk menilai seteguh mana cintaku pada sang arjuna masih berbaki lagi atau tidak selepas kejadian yang tidak pasti aku mahu kenangi lagi. Benar, aku masih lagi lurus, masih lagi tidak terpesong. Betapa dalamnya kebun hati yang ditanam oleh diriku untuk si Pencipta. Bukan manusia. Tapi terkadang nafsu aku sebagai manusia seringkali diuji dengan godaan godaan yang menginginkan cinta daripada sang arjuna. Itu perkara biasa. Itu adalah fitrah sebagai manusia dan semua manusia di dunia ini tidak boleh lari. 

Kini, baruku tersedar daripada lamunan yang agak panjang. Lamunan yang agak payah untuk mengejutkan diriku untuk terus terjaga di alam realiti. Semalam, selepas usai menyelesaikan perbincangan di kolej. Aku pulang ke apartment. Aku terserempak dengan seseorang dan lantas aku senyum padanya. Hatiku mulai rasa sesuatu. Sebelum ini, kami kerap terserempak tetapi hanya diriku sahaja malas mahu bertentang mata dengannya. Karena diriku fikir hatiku cukuplah hanya untuk si dia yang di depan mata. Sebab diriku fikir kami kenal di bulan Ramadhan. Lantasku berfikir mungkin Dia. 

Tapi, semalam juga telah mengubah persepsi diriku. Bukan dia di depan tapi dia si hujung.
 

Blog Template by YummyLolly.com