Friday, November 30

Replacement


Terkadang itu yang kita sebenarnya mahu. Namun, mampukah kita menjadi manusia baharu. Manusia yang baharu sahaja dilahirkan di dunia ini. Manusia yang bersih, suci baik fikirannya, akhlaknya daripada terdedah  dengan anasir anasir yang bersifat negatif. Baru atau lama itu apa sebenarnya? Adakah ada definisi yang tepat untuk menggambarkan perkataan itu? 

Bolehkah saya merantau ke tempat yang jauh sekali di mana semua orang tidak kenal pun saya. Semua orang tertanya tanya siapakah dia? Di manakah dia berasal? Mengapakah dia datang ke bandar ini? Dia orang yang baik ke orang yang yang tidak baik? Apakah tujuan sebenarnya dia datang ke sini? Apa yang berlaku pada kisah silamnya?

Terkadang bila kita berada keadaan yang baharu kita akan mulai rasa selesa. Ada juga tak selesa. Mungkin? Tapi sejauh mana kita boleh kekal dalam situasi yang lama. Adakah yang baharu dapat menjamin masa hadapan kita lebih baik berbanding yang lama? Adakah yang lama dapat menjamin kebahagiaan kita buat selama lamanya? Adakah kita perlu kedua duanya? Adakah kita harus memilih antara satu?

 

Blog Template by YummyLolly.com