Monday, September 17

Coklat Kawan

Coklat Kawan
Pada asalnya hanyalah gurauan semata mata. Tapi permintaan itu dipenuhi oleh kawan Nunu yang baik hati pada saat saat akhir. Kebetulan dia berada di luar ketika itu, berjalan jalan bersama rakan rakannya katanya dan Nunu pula rindu sangat nak makan coklat gara gara balik Puncak Perdana terlalu awal sampaikan terlupa ada coklat yang tersimpan di dalam peti ais di rumah baru baru ini. Berdebar juga bila kawan Nunu cakap dia akan belikan. Gelabah sudah masa tu. Terfikir, alamak! Kena bersua mukalah pasni jawabnya. Nunu mula fikir nak sorok mana muka nieyh? Nak cancel je ke coklat tu? Tapi dalam masa yang sama hati pula mengada ngada nak coklat tu. Hmm. Konfius konfius. Then, Nunu bisukan mulut dalam hati ni, dalam kotak fikiran terbayang bayang bagaimana situasi apabila berjumpa kelak. Haish, sepanjang kelas Nunu asyik termenung je. Memikirkan masa hadapan. Masa hadapan bagaimana nak berhadapan dengannya dalam beberapa jam je lagi. 
Tamat je kelas kemudian, dapat tahu dia dah sampai. Sepanjang pulang ke rumah hati Nunu berdebar. Nunu mulai tertanya tanya apakah impression pertama yang dia akan beri bila dia nampak Nunu? Tak boleh bayang apa yang akan bermain di minda dia bila dia berjumpa dengan Nunu. Okayh ke tak? ke biasa biasa jew? ke takde papepun perasaan? Kekekeke. Entahlah, Nunu redha jea, coklat punya pasal kan..... 
Tapi ada satu perkara sama dan kebetulan yang berlaku antara kami berdua ketika itu. Nunu pun tak nak la kot kongsi dekat sini. Malu malu malu~ Hanya Allah SWT, Nunu dan Dia sahaja tahu. Hehehehe. By the way, Thanks awak! *Sengih sesorang bila terkenang perkara ini.


 

Blog Template by YummyLolly.com